Pengurus, penyelia kilang direman bantu siasatan buang bahan terjadual secara haram - Utusan Malaysia

Pengurus, penyelia kilang direman bantu siasatan buang bahan terjadual secara haram

PENGURUS dan penyelia sebuah kilang direman bagi membantu siasatan berkaitan pelupusan buangan terjadual secara haram di Mahkamah Majistret Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Dua lelaki termasuk pengurus syarikat direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes pelupusan buangan terjadual secara haram di Seelong Jaya, di sini, semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Kulai, Azureen Sahira Sauffee Afandi selepas mendengar permohonan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor.

Pengurus syarikat berusia 58 tahun itu ditahan bersama-sama penyelia berusia 34 tahun di sebuah premis pemerolehan kembali bahan buangan terjadual.

Difahamkan dua lelaki terbabit disyaki tidak menguruskan bahan buangan terjadual dalam bentuk serbuk itu dengan betul, iaitu dengan menanamnya di kawasan tanah lapang berhampiran dengan premis syarikat tersebut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 16, 24 dan 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 dan penjara jika disabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN