Pengawal keselamatan mengaku salah rogol, cabul remaja - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan mengaku salah rogol, cabul remaja

NIK MUHAMAD MAZRUL HISSAM NIK MAZLAN didakwa atas dua pertuduhan merogol dan mencabul seorang remaja di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol dan mencabul seorang remaja berusia 18 tahun, pertengahan bulan ini.

Tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, V.M Mabel Sheela.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Nik Muhamad Mazrul Hissam Nik Mazlan, 31,  didakwa merogol mangsa kira-kira pukul 2 petang di sebuah rumah di Taman Scientex, Pasir Gudang, 14 September lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia  didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa pada masa dan lokasi yang sama.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377C A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Zubir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 31 Oktober depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya