Penganggur tidak sempat edar pil yaba RM2.57 juta

Penganggur tidak sempat edar pil yaba RM2.57 juta

MUHAMAD Zaki Harun (kiri) menunjukkan dadah yang dirampas semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) Kota Bharu,Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang penganggur tidak sempat mengedarkan 234,000 biji yaba bernilai RM2.57 juta selepas dicekup polis dalam serbuan di Lubuk Jong, Pasir Mas, dekat sini Sabtu lalu.

Suspek berusia 26 tahun dicekup oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan pada pukul 11 malam menerusi Op Tapis Khas semasa dipercayai sedang menunggu pembeli.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa serbuan dilakukan suspek didapati sedang berdiri di tepi pintu hadapan bahagian pemandu kereta jenis Proton Perdana.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut yang dijalankan telah menjumpai empat guni mengandungi sejumlah dadah berada di but kereta tersebut.

“Siasatan awal, kita tidak menolak kemungkinan suspek menunggu pembeli untuk mengambil bekalan tersebut. Selain itu, kita turut menyita kereta yang digunakan oleh lelaki berkenaan.

“Hasil semakan yang dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau. Suspek kini reman selama seminggu bermula 24 September lalu 30 bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, jika bahan terlarang itu terlepas di pasaran ia boleh digunakan oleh seramai 234,000 orang penagih.

Katanya, polis sudah mengenal pasti dan sedang mengesan mereka yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

Dalam perkembangan  lain, Muhamad Zaki berkata, Op Tapis Khas selama dua minggu yang bermula 13 September hingga semalam itu telah berjaya menahan 620 individu berkait dengan dadah.

Katanya, kesemua suspek yang ditangkap itu berusia antara 16 hingga 60 tahun.

“Daripada jumlah itu, seramai 594 adalah warga tempatan dan seramai 26 warga asing yang melakukan kesalahan mengikut Akta Racun 1952 dan Langkah- Langkah Pencegahan Khas  (LLPK) 1985.

“Dalam tempoh itu juga pelbagai jenis dadah berjumlah RM2 juta telah berjaya, manakala sitaan harta berjumlah RM121,114.18,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya