Pelancong warga India hilang di Gunung Jasar, Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Pelancong warga India hilang di Gunung Jasar, Cameron Highlands

SEORANG anggota bomba dan anjing pengesan sedang mencari seorang warganegara India yang dipercayai hilang di Gunung Jasar, Tanah Rata di Cameron Highlands, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang berusaha mengesan seorang pelancong warganegara India, Nandan Suresh Nadkarni, 44, dipercayai hilang tiga hari lalu di Gunung Jasar, Tanah Rata di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di sini menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands tentang kehilangan pelancong berkenaan pada 25 September, pukul 8.15 pagi.

“Mangsa dipercayai keluar dari hotel untuk mendaki Gunung Jasar pada 22 September lalu, pada pukul 9.20 pagi, namun sehingga ini masih belum pulang ke hotel untuk daftar keluar.

“Operasi mencari dan menyelamat segera dilancarkan semalam melibatkan 90 anggota JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Gerak Am (PGA), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, pasukan perubatan, malim gunung serta beberapa agensi dan dibantu oleh tiga ekor anjing pengesan PDRM dan bomba,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zulfadli, turut terlibat aset pacuan empat roda milik PDRM, JBPM, APM dan ATM.

Katanya, operasi SAR disambung kira-kira pukul 8 pagi hari ini di kawasan Sungai Ubi dan berdekatan melihatkan bantuan anjing pengesan dan penggunaan dron. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya