Pelajar tingkatan lima jual air ketum dicekup

Pelajar tingkatan lima jual air ketum dicekup

PELAJAR tingkatan lima yang ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penjualan air ketum di Bachok, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Tindakan seorang pelajar tingkatan lima menyimpan stok air ketum sebanyak 7.5 liter bernilai RM150 untuk dijual mengundang padah apabila dia dicekup polis dalam serbuan di Kampung Telong di sini semalam.

Remaja lelaki itu ditahan kira-kira pukul 6.30 petang semasa polis menjalankan serbuan di depan sebuah rumah di kampung tersebut.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, semasa serbuan dilakukan suspek telah cuba melarikan diri ke dalam sebuah stor namun gagal.

“Pemeriksaan lanjut di dalam stor itu kemudiannya menjumpai 7.5 liter air ketum bernilai RM150 yang dipercayai untuk dijual.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tiada rekod lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Ismail memberitahu, remaja tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di sini untuk tahanan reman dan siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya