Pekerja ladang didenda RM1,200 cederakan teman wanita - Utusan Malaysia

Pekerja ladang didenda RM1,200 cederakan teman wanita

MUHAMMAD HAIKAL Azmi (kiri) didenda RM1,200 selepas mengaku bersalah mencederakan teman wanitanya di mahkamah Majistret Khas Trafik di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pekerja ladang didenda RM1,200 cederakan teman wanita

Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB

KUANTAN: Gara-gara mencederakan seorang gadis yang juga teman wanitanya, seorang pekerja ladang didenda RM1,200 di Mahkamah Majistret Khas Trafik, di sini hari ini.

Muhammad Haikal Azmi, 22, didenda selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Fatimah Abu Bakar.

Mahkamah mengarahkan tertuduh dipenjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 September lalu sekitar pukul 12.30 tengah hari di hadapan sebuah rumah di Perumahan Makmur Hijrah di sini.

Tertuduh didakwa secara sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara menumbuk mangsa menggunakan tangan sehingga menyebabkan kecederaan di atas lengan kiri teman wanitanya.

Muhammad Haikal didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Noraini Mohd. Nor.

Terdahulu, media melaporkan seorang gadis dibelasah teman lelakinya sehingga pengsan hanya kerana gagal menggugurkan kandungannya yang berusia dua bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya