SIRI pilihan raya kecil (PRK) pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berkemungkinan tidak akan berhenti selepas PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang dan PRK DUN Jepak di Sarawak. PRK DUN Pelangai diadakan 7 Oktober ini berikutan kekosongan luar jangka selepas kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu. Ia bakal disusuli PRK DUN Jepak selepas penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip, 72, juga meninggal dunia pada 15 September. Di Melaka, kebarangkalian untuk PRK berlangsung dalam masa terdekat juga ada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya