Pakej ekopelancongan tarik pelancong ke Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Pakej ekopelancongan tarik pelancong ke Negeri Sembilan

NICOLE Tan Lee Koon (depan, dua dari kiri) melihat seni Tapigami yang dibuat oleh peserta Program 916 Hari Malaysia Tapigami Art di Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pakej-pakej pelancongan berkonsepkan alam semula jadi perlu diperbanyakkan bagi menarik lebih ramai pelancong dari luar negara ke Negeri Sembilan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, sehubungan itu, pihaknya meminta agensi-agensi pelancongan untuk menyedia dan menambah pakej pelancongan tersebut dengan kadar segera mengambil kira negeri ini kaya dengan produk ekopelancongan.

Jelas beliau, menerusi pakej-pakej tersebut sudah tentu pelancong luar dapat mengenali Negeri Sembilan dengan lebih dekat lagi.

“Pakej-pakej produk pelancongan di negeri ini mesti ditambah baik, kita sediakan pakej mengikut golongan sasar seperti pelancong dari negara China, mereka berminat melawat tempat bersejarah seperti di Pengkalan Kempas.

“Kita pakejkan dengan beberapa lokasi terkenal seperti Muzium Seri Menanti, Gunung Angsi, Gunung Datuk dan Galeri Tuanku Ja’afar,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penutupan Program 916 Hari Malaysia Tapigami Art di sini hari ini.

Nicole Tan dalam pada itu memberitahu, jenama Pesona mengikut daerah-daerah di negeri ini akan digunakan bagi memberi pengkhususan produk pelancongan mengikut daerah tersebut.

“Kami sudah menjenamakan semua daerah sebagai Pesona Seremban, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Jelebu, Rembau dan Tampin. 

“Setiap daerah berkenaan boleh memilih atau memfokuskan sembilan produk sahaja supaya tidak hilang fokus bagi menarik pelancong ke daerah mereka,” katanya sambil memberitahu seramai 195,000 pelancong telah melawat negeri ini sehingga bulan Mac lalu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya