KUALA LUMPUR: Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE) menyokong kerajaan untuk terus melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan tidak melaksanakan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semula. Pengerusinya, Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, PAGE menyokong PBD kerana ia memberi ruang dan peluang untuk belajar yang bukan terlalu cenderung dalam bidang akademik sahaja. Walau bagaimanapun, kata beliau, terdapat banyak isu yang perlu ditangani dalam pelaksanaan PBD kerana ia bergantung dengan skema dan cara guru-guru menilai, biarpun ada kerangka untuk membuat penilaian tetapi guru perlu membuat adaptasi serta interpretasi mengikut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya