NIMP 2023 perlu pendekatan strategik elak 'kesilapan lalu' - MyIoTA - Utusan Malaysia

NIMP 2023 perlu pendekatan strategik elak ‘kesilapan lalu’ – MyIoTA

Datuk Seri Ganesh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang dilancarkan Perdana Menteri baru-baru ini seharusnya menumpukan kepada memperkemas dan mengoptimum usaha sedia ada dan bukannya memperkenal inisiatif berulang.

Timbalan Presiden Persatuan Internet Kebendaan Malaysia (MyIoTA), Datuk Seri Ganes berkata,  kerajaan perlu melaksanakan pendekatan strategik bagi mengelak kesilapan lalu supaya NIMP 2030 boleh mengubah Malaysia menjadi peneraju industri serantau dan membawa kemakmuran rakyat.

Menurut beliau, negara telah menjalankan pelbagai pelan transformasi industri sebelum ini namun sering terdapat kekurangan dalam kesinambungan dan penyelarasan antara insiatif yang dilaksana.

Oleh itu, kata beliau, bagi mengelakkan negara terperangkap dalam ‘masa lalu’, kerajaan harus mengutamakan pelaksanaan NIMP 2030 yang cekap bagi memastikan ia dibina dan disepadukan dengan program serta strategi sedia ada.

“Pelan ini mesti direka untuk mengurangkan gembar-gembur (hype) yang tidak perlu dan memastikan matlamatnya adalah berdasarkan hasil yang boleh dicapai.

SASARAN

“Walaupun penting untuk menetapkan sasaran yang bercita-cita tinggi, ia adalah sama penting untuk mengekalkan jangkaan yang realistik dan menyediakan peta jalan yang jelas untuk pelaksanaan.

“Selain itu, mengelakkan janji terlalu tinggi akan membantu mengekalkan kredibiliti dan kepercayaan terhadap rancangan itu dalam kalangan pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Selain itu, kata Ganes, kerajaan harus memberi perhatian khusus kepada pemerkasaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kerana sektor itu menjadi tulang belakang ekonomi negara.

Katanya, NIMP 2030 harus menekankan pembinaan ekosistem teknologi tempatan yang mantap untuk menyokong penggunaan teknologi merentas industri yang mana pengukuhan dan insentif pelaburan langsung domestik (DDI) adalah komponen penting dalam usaha itu.

“Dengan memupuk ekosistem teknologi yang berkembang maju, kami boleh memastikan bahawa perniagaan mempunyai akses kepada inovasi dan penyelesaian terkini yang akan meningkatkan daya saing mereka pada skala global,” katanya.

Pada 1 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan NIMP 2033 yang merumuskan empat misi untuk memacu transformasi industri negara pada skala besar menjelang tahun 2030.

Antara misi tersebut ialah memajukan ekonomi dengan industri akan digalakkan berinovasi dan menghasilkan produk lebih canggih, sekali gus meningkatkan daya saing negara di pasaran global.

NIMP 2030 dijangka meningkatkan nilai tambah dalam sektor pembuatan mencecah RM587.5 bilion menjelang 2030. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya