Muda mungkin tak bertanding PRK Pelangai - Utusan Malaysia

Muda mungkin tak bertanding PRK Pelangai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mungkin tidak akan menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agungnya, Amir Hariri Abdul Hadir berkata, setakat ini Muda belum berbincang secara mendalam berhubung meletakkan calon di DUN Pelangai walaupun sudah memutuskan untuk menjadi blok ketiga di Dewan Rakyat.

“Sudah tentu sebagai sebuah parti politik apabila ada pilihan raya kita akan berbincang terlebih dahulu untuk menentukan kedudukan sama ada mau bertanding atau tidak, namun buat masa sekarang Muda mungkin tidak akan terlibat.

“Walaupun itu bukan keputusan muktamad namun kita terbuka untuk berbincang. Jadi perbincangan mungkin akan dilakukan dalam masa terdekat ini oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan mereka akan memutuskannya,” katanya.

Ditanya sama ada Muda akan membantu Perikatan Nasional (PN) pada PRK tersebut, Amir berkata, pihaknya tidak akan turut membantu mana-mana pihak sekiranya diputuskan untuk tidak bertanding.

“Jika keputusannya adalah tidak bertanding, Muda tak akan turun membantu mana-mana pihak. Kami akan kekal sebagai ‘third force’ yang tidak bergabung dengan mana-mana gabungan termasuk PN walaupun kini bersama di kem pembangkang,” katanya.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina di Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Johari berjaya memenangi kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya