Mohd. Nasri dilantik pemangku Pengarah JSPT - Utusan Malaysia

Mohd. Nasri dilantik pemangku Pengarah JSPT

Datuk Seri Mat Kassim Karim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kassim Karim bersara wajib berkuat kuasa esok. 

Kekosongan jawatan Mat Kassim akan diisi Timbalan Pengarah 1, JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd. Nasri Omar sebagai Pemangku Pengarah JSPT. 

Majlis serah terima tugas akan disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay selain penyerahan dokumen pelantikan dan tongkat sakti. 

Sementara itu, Ayob Khan dalam ucapannya berkata, persaraan Mat Kasim pasti akan meninggalkan legasi yang tersendiri dalam lipatan sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya di JSPT. 

“Saya mewakili  barisan kepimpinan tertinggi pasukan  mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau (Mat Kasim) atas segala khidmat bakti yang dicurahkan.

“Sepanjang perkhidmatan sebagai orang nombor satu di JSPT, beliau (Mat Kasim) telah memainkan peranan penting dalam jabatan ini menambah baik saluran penyelesaian saman PDRM melalui platform atas talian pada Mac 2021,” katanya ketika berucap pada  Majlis Serah Terima Tugas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, penambahbaikan ini dilaksanakan dengan memperkenalkan portal dan aplikasi myBayar PDRM dengan ciri-ciri baharu yang boleh diakses oleh masyarakat dengan mudah.

Kata beliau, melalui aplikasi tersebut, sebanyak 58 peratus saman telah diselesaikan secara dalam talian pada tahun lalu.

“Didoakan semoga, usaha serta inisiatif yang diperkenalkan ini dapat diteruskan, bahkan diperhebatkan lagi oleh peneraju baharu JSPT selepas ini, Insya-ALLAH,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya