Mohd. Amar dilantik Speaker DUN Kelantan

Mohd. Amar dilantik Speaker DUN Kelantan

MOHD. Amar Nik Abdullah menangkat sumpah selepas dilantik sebagai Speaker DUN Kelantan di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah secara rasmi dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada penggal ke-15 berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor dibuat selepas mendapat cadangan dari Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud dan disokong oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohammed Fadzli Hassan.

Mohd. Amar mengangkat sumpah taat setia sebagai Speaker pada Majlis Menangkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan yang berlangsung di Kota Darulnaim di sini.

Sementera itu, ADUN Kok Lanas Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Pada penggal lalu, Datuk Abdullah Yaakob dilantik sebagai Speaker DUN Kelantan.

Sementara itu, Mohd. Amar semasa berucap merakamkan penghargaan diatas kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan.

“Saya Mohd. Amar yang dilantik sebagai speaker atas sifat saya dalam jawatan demikian, saya bersumpah dengan setianya akan menunaikan kewajipan dengan sedaya upaya saya

“Saya akan setiawan, bertaat  setia dgn negeri Kelantan, akan menjaga dan mempertahankan negeri kelantan. Saya juga akan setiawan dan bertaat setia dengan Sultan Kelantan dan waris-waris gantinya menurut undang-undang,”katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya