PETALING JAYA: Dua individu termasuk menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih gagal tampil membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas menghilangkan diri sejak Mei lalu. Satu sumber mendedahkan kepada Mingguan Malaysia, keberadaan menantu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, Muhammad Adlan Berhan, 48, dan seorang lagi lelaki iaitu Mansoor Saat, 69, tidak dapat dipastikan pihak berkuasa selepas mereka mendiamkan diri serta tidak membalas setiap kali dihubungi. Kata sumber itu, SPRM juga ada cuba menghubungi mereka melalui peguamnya tetapi gagal kerana tidak memberi kerjasama yang baik. “SPRM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya