MCMC terima permohonan sekat akaun Facebook SiHulk  - Utusan Malaysia

MCMC terima permohonan sekat akaun Facebook SiHulk 

mcmc
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima dua permohonan Jabatan Agama Islam Negeri untuk menyekat akaun Facebook ajaran Sihulk setakat pada 31 Ogos lalu.

MCMC berkata, dalam perkara ini, MCMC bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Agama Negeri-Negeri bagi menangani ajaran sesat daripada terus berleluasa.

“MCMC juga berperanan menyalurkan bantuan teknikal untuk siasatan dan pendakwaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa agama.

“Untuk makluman, sehingga 31 Ogos 2023, MCMC telah menerima dua permohonan sekatan akaun Facebook daripada Jabatan Agama Islam Negeri,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, MCMC sudah meneliti permohonan berkenaan dan memaklumkan kepada penyedia platform media sosial berkenaan untuk tindakan lanjut mengikut piawaian komuniti yang ditetapkan.

“Nasihat MCMC kepada orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan fahaman ini. Orang ramai diingatkan untuk tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan tidak berkongsi maklumat yang boleh menyebabkan ketidakharmonisan dan kekeliruan,” jelasnya.

PLATFORM

Katanya, Orang ramai juga dinasihatkan untuk melaporkan terus kepada pihak berkuasa agama dan penyedia platform untuk tindakan susulan.

“Adalah menjadi tanggungjawab setiap pengguna media sosial untuk tidak menyebarkan kandungan berhubung ajaran sesat ini kerana ia boleh memberi impak negatif yang lebih besar khususnya mencetuskan dan mengundang perbualan di alam maya yang menyentuh sensitiviti agama,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kira-kira 150 pengikut ajaran sesat, SiHulk kini berada di New Zealand bersama-sama dengan ketua ajaran itu, Suhaini Muhammad.

Sumber keselamatan bagaimanapun memaklumkan, jumlah sebenar pengikut ajaran itu yang masih berada di negara ini tidak diketahui.

Antara penyelewengan ajaran sesat itu ialah mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai Tuhan.

Selain itu, mereka mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak mempunyai jantina, menafsir sendiri sebuah hadis dengan menyatakan baginda tiada kemaluan dan sebagainya.

Malah mereka kini dipercayai cuba mendapatkan permohonan suaka dari kerajaan di sana dengan menggunakan alasan diancam rakyat di negara ini.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya