Malaysia akan bangunkan  industri aeroangkasa  - Utusan Malaysia

Malaysia akan bangunkan  industri aeroangkasa 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksana dan  membangunkan lebih banyak teknologi dan ekosistem berkaitan industri aeroangkasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, industri aeroangkasa berupaya melonjakkan Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi. 

Menurut beliau, usaha itu dijangka meningkatkan pertumbuhan industri untuk mencapai sasaran pendapatan sebanyak RM30 bilion pada 2025. 

“Yang paling utama dapat menawarkan pekerjaan berkemahiran dengan gaji yang tinggi kepada rakyat.

“Pembangunan industri ini akan ditumpu kepada pembangunan kluster aeroangkasa bersepadu yang mampu menarik pelaburan berkualiti. 

“Kita berbangga dengan kejayaan daripada ujian rintis yang menggunakan bahan api penerbangan mampan,” katanya semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini. 

Dalam pada itu, kata Anwar, beberapa langkah akan diambil termasuk memperkukuh tatakelola, membangunkan analitis data raya berpusat serta membangunkan bakat kreatif tempatan bagi merancakkan lagi industri kreatif. 

Dengan itu, kata beliau, kerajaan menyediakan dana berjumlah RM346 juta dalam tempoh RMK12 terutama untuk menarik penglibatan golongan belia dalam aktiviti kreatif yang menawarkan pendapatan tinggi.

Selain itu, katanya, kerajaan akan menyegerakan proses pemulihan industri pelancongan dengan menambah baik rangka kerja kawal selia, menggalakkan pendigitalan dan mempromosi pelancongan mampan yang berasaskan alam semula jadi. 

“Kerajaan yakin industri pelancongan yang terjejas teruk lantaran penguatkuasaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) akan kembali kukuh. 

“Pemulihan ini dapat dilihat berdasarkan peningkatan ketibaan pelancong kepada 9.2 juta pada suku kedua tahun 2023 dan dijangka mencapai sekurang-kurangnya 18 juta pelancong pada tahun ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya