Majoriti selesa bukan jaminan laluan mudah – Ahmad Zahid

Majoriti selesa bukan jaminan laluan mudah – Ahmad Zahid

Calon Barisan Nasional (BN), Amizar Abu Adam (bersongkok) mendapat sokongan padu daripada pemimpin BN dan PH dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Majoriti selesa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan jaminan Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan penguasaannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pela­ngai menerusi pilihan raya kecil (PRK) pada 7 Oktober ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika memberi amaran itu berkata, BN tidak boleh terlalu yakin akan menang lagi di DUN Pela­ngai, sebaliknya perlu bekerja keras memenangi hati pengundi.

Katanya, walaupun BN peroleh kira-kira 4,000 undi manakala 2,000 undi Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya sebelum ini, pihaknya tidak mahu mengambil mudah cabaran lawan.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) telah mula berkempen di sini sejak awal dan jentera parti BN perlu melihat perkara itu untuk terus berusaha sepanjang tempoh kempen pilihan raya.

“Jangan terlalu yakin sebab pihak lawan telah bermukim di sini. Jadi kita perlu ambil langkah untuk mendekati pengundi,” katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini, semalam.

Ahmad Zahid bersama Presi­den Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu hadir mengiringi calon BN, Datuk Amizar Abu Adam ke Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, keserasian jentera parti-parti Kerajaan Perpaduan khususnya PH dapat membantu kemena­ngan BN dalam pilihan raya itu pada 7 Oktober ini.

Katanya, bermula di PRK Pulai dan Simpang Jeram, beliau yakin kemenangan berkembar itu dapat diteruskan di Pelangai.

“BN menaruh harapan kepada calon boleh menang, beliau (Amizar) juga anak Felda. Tentunya 11,000 pengundi mengharapkan khidmat seperti dilakukan Allahyarham Datuk Johari.

“Saya berasakan beliau calon yang terbaik dan akan meneruskan kesinambungan Datuk Johari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya