MAINS Care taja makan tengah hari murid penerima RMT - Utusan Malaysia

MAINS Care taja makan tengah hari murid penerima RMT

AMINUDDIN Harun (dua dari kanan) dan Abdul Aziz (tiga dari kanan) pada Majlis Perasmian MAINS Care dan Smart Wakaf 2023 di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) hari ini melancarkan program inisiatif yang dikenali sebagai MAINS Care iaitu tajaan makan tengah hari kepada murid sekolah rendah yang tergolong dalam kalangan penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Pengerusi MAINS, Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab. Kadir berkata, tajaan tersebut menerusi penyaluran dana fidyah dan kaffarah yang dikeluarkan oleh masyarakat Negeri Sembilan kepada asnaf fakir miskin dan mereka dalam kalangan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

“MAINS akan menaja pelajar makan tengah hari di sekolah masing-masing pada setiap hari persekolahan.

“Program perintis bagi bantuan makanan ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang, Port Dickson pada bulan Februari lalu dan telah menerima maklum balas baik diterima daripada murid-murid, guru dan ibu bapa.

“Oleh itu, program ini akan diteruskan ke sekolah-sekolah terpilih bermula bulan September ini yang bertujuan membantu murid penerima RMT mendapat bekalan makanan yang sihat dan berkhasiat agar dapat menjalankan sesi persekolahan petang dengan bertenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Perasmian MAINS Care dan Smart Wakaf 2023 di sini hari ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. Yang hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan, Dr. Roslan Hussain.

DR. ABDUL AZIZ SHEIKH AB. KADIR

Sebanyak RM1.7 juta disediakan bagi melaksanakan program berkenaan yang melibatkan sebanyak 49 buah sekolah terpilih di seluruh negeri yang membabitkan seramai 3,861 orang murid.

Sementara itu, Roslan berkata, usaha yang dijalankan oleh MAINS tersebut dilihat membantu para murid meningkatkan prestasi kehadiran dan akademik mereka di sekolah.

“Program MAINS Care adalah dalam bentuk pemberikan makanan bermasak makanan tengah hari untuk pelajar makan sebelum meneruskan persekolahan di sekolah petang seperti Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA),” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz memberitahu, program Smart Wakaf yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan, adalah usaha MAINS menyuburkan amalan berwakaf dalam kalangan seluruh warga pendidik dan pelajar sekolah di negeri ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya