KUALA LUMPUR: Pembangkang berpandangan, kerajaan perlu mendapatkan ‘restu’ dan sokongan mereka jika mahu meminda Perlembagaan Persekutuan selepas keistimewaan itu hilang sebaik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sepatutnya lebih ramai lagi ahli parlimen bersama pembangkang selepas ini melihat prinsip Syed Saddiq yang tidak boleh dikompromi oleh sesiapa. “Ini (hilang sokongan) tidak memberi ruang seluasnya kepada kerajaan untuk membuat apa sahaja (termasuk meminda Perlembagaan). Sekarang, apa yang perlu ialah kerajaan kena berbincang dengan pembangkang. Tiada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya