Lori hilang kawalan dipercayai punca nahas korbankan enam sekeluarga - Utusan Malaysia

Lori hilang kawalan dipercayai punca nahas korbankan enam sekeluarga

LORI pasir hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan yang mengorbankan enam sekeluarga di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Lori membawa muatan pasir yang hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dipercayai menjadi punca enam sekeluarga terkorban dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, dalam kejadian pukul 6.37 petang  yang melibatkan lima kenderaan itu dipercayai berlaku apabila sebuah Honda HRV yang datang dari arah Kuantan menghala ke Segamat 

memperlahankan kenderaan kerana di hadapannya terdapat kerja-kerja pembaikan jalan.

“Tiba-tiba sebuah lori yang membawa muatan pasir dari arah sama dipercayai gagal membrek dan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang Honda HRV terbabit dan sebuah Proton Wira yang sedang berhenti,” katanya di sini hari ini.

Lori tersebut kemudian memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Perodua Alza yang dinaiki enam mangsa yang maut itu.

Enam mangsa ialah pemandu Perodua Alza, Amir Ruddin Ismail, 46, isterinya, Norahimah Noor Muhamad, 43, serta empat anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

“Kesemua mangsa yang maut dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

“Seorang lagi anak Amir Ruddin, iaitu Abdullah, 15, dan pemandu lori yang mengalami kecederaan parah kini dirawat di Hospital Segamat,” katanya.

Polis meminta saksi kejadian untuk menyalurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Segamat (BSPTD) menerusi talian 07-9325811 atau datang balai polis berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya