Liga Super: Aksi Kelantan FC, Sabah ditunda ke tarikh lain akibat hujan lebat

Liga Super: Aksi Kelantan FC, Sabah ditunda ke tarikh lain akibat hujan lebat

KAKITANGAN Perbadanan Stadium Kelantan melihat keadaan air bertakung di atas permukaan padang akibat hujan lebat yang menyaksikan aksi Liga Super antara Kelantan FC Menentang Sabah FC ditunda di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan malam ini/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Aksi Liga Super antara Kelantan FC dengan Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini terpaksa dibatalkan dan ditunda ke satu tarikh lain berikutan hujan lebat.

Terdahulu, perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam itu tertangguh berikutan cuaca hujan lebat melanda bandar Kota Bharu sejak pukul 7 malam.

Situasi itu menyebabkan permukaan padang di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini digenangi air sekali gus menyaksikan perlawanan itu tidak dapat dilangsungkan.

Tepat pukul 9 malam, Komisioner Perlawanan, Azhar Ahmad telah keluar memeriksa keadaan padang yang masih digenangi air yang agak serius.

Setelah membuat penilaian bersama Komisioner Umum, Hasbullah Ibrahim, Pegawai Perlawanan, Mohd. Fusser Mad Sallih dan Penilai Pengadil, Rosdi Shahrul, Azhar memutuskan perlawanan tidak dapat dilangsungkan.

Azhar kemudian mengadakan perbincangan bersama ketua jurulatih kedua-dua pasukan iaitu Alfredo Vera (Kelantan FC) dan Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC) bagi mendapatkan persetujuan dan kata sepakat.

Selepas itu, tepat pukul 9.30 malam, Azhar mengumumkan perlawanan The Red Warriors (TRW) dan Sang Badak ditangguhkan, bagaimanapun tarikh baharu perlawanan belum ditetapkan.

Semua perkara itu akan diputuskan pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku badan penganjur kejohanan.

Pengumuman mengenai penundaan perlawanan dan urusan tiket telah diumumkan oleh pihak pengurusan Kelantan FC.

Peminat-peminat bagaimanapun boleh menyimpan tiket yang telah dibeli untuk pelawanan ini dan digunakan kembali pada tarikh baharu yang akan maklumkan kelak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya