Lelaki tak sempat edar 1,840 biji pil kuda

Lelaki tak sempat edar 1,840 biji pil kuda

PIL kuda yang berjaya dirampas di sebuah rumah suspek di Kampung Meranto, Gua Musang, Kelantan, semalam. UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Cubaan seorang pengedar pil kuda untuk melarikan diri gagal apabila dia dicekup memiliki 1,840 biji pil kuda bernilai RM20,240 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Meranto di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, suspek yang berusia 25 tahun itu diberkas kira-kira pukul 3.30 petang meskipun cuba lari melalui bahagian belakang rumah tersebut selepas menyedari kehadiran pihak polis.

Menurutnya, hasil pemeriksaan fizikal ke atas suspek telah menjumpai sebanyak 1,840 pil kuda.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, namun tidak mempunyai rekod lampau.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya ketika dihubungi hari ini.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN