Lelaki maut ditembak cuba menyerang anggota polis guna senjata tajam

Lelaki maut ditembak cuba menyerang anggota polis guna senjata tajam

KEADAAN lokasi kejadian seorang lelaki maut ditembak selepas dipercayai cuba menyerang anggota polis menggunakan senjata tajam di Tok Bok, Machang, Kelantan pagi tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Seorang lelaki maut ditembak selepas dipercayai menyerang anggota polis menggunakan senjata tajam dalam kejadian Tok Bok, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi tadi, suspek berusia 20an maut selepas terkena tembakan manakala seorang lagi rakannya yang berusia 30-an berjaya ditahan.

Menurut sumber, difahmakan sebelum kejadian kedua-dua suspek  dikatakan sedang mencuri lembu di Kampung Joh dekat sini.

Katanya, menyedari kehadiran pihak polis suspek sempat melarikan diri sejauh kira-kira 4 kilometer (km) sebelum salah seorang daripada mereka ditembak.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya