Kuasa wanita UMNO penentu kemenangan - Teo Nie Ching

Kuasa wanita UMNO penentu kemenangan – Teo Nie Ching

TEO NIE CHING (tengah) beramah mesra dengan jentera Wanita BN pada Majlis Himpunan Wanita Perpaduan Johor 2023 di Dewan Cerebral Palsy, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kuasa pengundi wanita khususnya daripada UMNO menjadi faktor penentu kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pulai pada 9 September ini.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata, jumlah pengundi wanita yang hampir mencecah 50 peratus di Parlimen ini tidak boleh dipandang rendah, sebaliknya perlu dijadikan senjata memenangkan calon PH, Suhaizan Kayat.

“Sokongan sayap wanita UMNO masih lagi kuat terhadap parti bahkan kekuatan sokongan sayap itu melebihi daripada lelaki. Mereka ini adalah penyokong tegar yang sentiasa menyokong parti dan mentaati pendirian parti.

“Sebab itu saya percaya jentera wanita Barisan Nasional (BN) dan UMNO sangat penting untuk memenangkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu depan,” katanya selepas menghadiri Majlis Himpunan Wanita Perpaduan Johor 2023 di Dewan Persatuan Cerebral Palsy, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Wanita PH, Fadhlina Sidek dan Suhaizan.

Sehubungan itu, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, sayap wanita PH dan UMNO perlu memperbanyakkan ‘walkabout’ bersama-sama supaya  menunjukkan kebersamaan dalam kerajaan perpaduan. 

“Saya percaya ini tanda yang menggalakkan, harap kerjasama yang begitu rapat PH-BN boleh menang kerusi Parlimen Pulai dan Suhaizan dapat angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pulai yang baharu pada 11 September ini pada sidang Parlimen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya