KPT tidak halang parti politik masuk universiti, laksana program bersama mahasiswa - Utusan Malaysia

KPT tidak halang parti politik masuk universiti, laksana program bersama mahasiswa

MOHAMMAD Yusof Apdal (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada graduan sempena Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti Tahun 2023 di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak menghalang mana-mana parti politik untuk mengadakan program bersama pihak universiti lebih-lebih lagi program yang dilihat mampu menambah baik serta memperkasakan mahasiswa di universiti terlibat. 

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, pihak kementerian juga tidak pernah memberikan sebarang arahan untuk menghalang mana-mana parti memasuki universiti namun kebenaran perlu diminta terlebih dahulu dari institut pengajian tinggi terbabit.

“Memang tidak ada arahan, kalau siapa-siapa mahu masuk, mereka kena ikut arahan, ikut peraturan dan kena minta kebenaran. 

“Tidak boleh datang suka-suka kena tanya daripada pihak universiti. KPT tidak mengeluarkan sebarang arahan, kalau (parti politik) hendak masuk ke universiti mohonlah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Komemoratif Kolej Komuniti Tahun 2023 Sidang 3 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai hari ini. 

Pada majlis tersebut, Mohammad Yusof turut menyampaikan sijil dan diploma kepada seramai 1,081 orang graduan melibatkan Kolej Komuniti Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang. 

Beliau dalam pada itu berkata, KPT sedang berusaha untuk memperkasakan kolej-kolej komuniti supaya menjadi institusi yang dapat mengupayakan masyarakat setempat.

“Kita dalam proses memastikan masyarakat dan rakyat buat penilaian yang baik terhadap apa yang ditawarkan oleh kolej komuniti. 

“Ramai graduan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mendapat kerja yang lebih baik dan diterima pemain industri. Secara statistik, sebanyak 96 peratus graduan kolej komuniti mendapat pekerjaan setelah menerima diploma dan sijil masing-masing,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya