Kosma, MPOB anjur kursus tingkat kadar OER - Utusan Malaysia

Kosma, MPOB anjur kursus tingkat kadar OER

ZAMRI Mohamed (tengah) bersama kakitangan Kosma dan pekerja industri sawit yang menyertai Kursus dan Peperiksaan Kemahiran Menggred Buah Sawit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Koperasi Serba Usaha Makmur Berhad (Kosma) dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menganjurkan Kursus dan Peperiksaan Kemahiran Menggred Buah Sawit dalam usaha untuk meningkatkan kadar perahan minyak sawit (OER).

Pengerusi Kosma, Datuk Zamri Mohamed berkata, kursus yang disertai 22 peserta dari Kosma dan 28 orang yang bekerja dalam industri minyak sawit berlangsung pada 19 hingga 21 September lalu.

Katanya, kursus terbabit bertujuan memberi latihan kepada semua peserta berkaitan penggredan buah kelapa sawit mengikut penilaian yang dikeluarkan oleh MPOB.

“Penggredan ialah kaedah mengukur kualiti buah jelapa sawit di suatu tempat. Selain itu, objektif kursus ini juga adalah untuk meningkatkan kualiti serta kuantiti pengeluaran minyak kelapa sawit.

“Kusus ini juga diadakan bagi menerapkan kemahiran keseluruhan aspek penggredan buah sawit meliputi aspek teknikal, komersial dan teori,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Zamri, kursus itu juga bertujuan melatih penggred buah sawit sebagai agen pengembangan kualiti dan sebagai usaha meningkatkan kualiti buah sawit di pasaran.

“Di samping itu, seramai 16 jurulatih MPOB terlibat juga turut memberikan pendedahan tentang perundangan dan tindakan penguatkuasaan MPOB berkaitan amalan pengendalian, kualiti tandan dan penggredan sawit.

“Kursus ini dirangka khusus untuk pembeli buah sawit (pengilang dan peniaga buah sawit) pengurus, penyelia dan penggred buah sawit. Kursus ini juga sesuai untuk pembekal buah sawit seperti pengurus ladang, penyelia ladang dan pekebun kecil sawit.

“Ia kerjasama Kosma dengan MPOB Kelana Jaya dan Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan MPOB Wilayah Timur.

“Kesemua peserta menjalani latihan teori dan praktikal serta menduduki peperiksaan dan peserta yang lulus menerima sijil tauliah dan kad penggredan buah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya