Kongres Ekonomi Bumiputera diadakan Januari 2024  - Utusan Malaysia

Kongres Ekonomi Bumiputera diadakan Januari 2024 

anwar
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kongres Ekonomi Bumiputera akan diadakan pada Januari 2024 bagi menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua perancangan dalam agenda pemerkasaan bumiputera sebelum ini hanya memusatkan kayu ukur penyertaan kumpulan dalam ekonomi berdasarkan pemilikan ekuiti semata-mata. 

“Selepas lima dasawarsa, pemilikan ini masih belum mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan. 

“Maka, Ekonomi Madani melalui KSP RMK12 antaranya akan menilai semula pendekatan untuk mengukur tahap penyertaan dan kawalan ekonomi bumiputera yang lebih bermakna,” katanya ketika pembentangan Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Anwar, usaha terbaharu itu bermakna bagi memperkasa bumiputera akan beranjak daripada tumpuan terhadap syarikat terpilih kepada program pengupayaan yang melibatkan lebih ramai usahawan dan lebih banyak syarikat bumiputera berskala kecil dan sederhana. 

“Ini bagi melahirkan kelas pertengahan bumiputera yang dapat beralih daripada bergantung harap kepada gaji semata-mata kepada membina perniagaan yang meningkatkan pendapatan dan menambah nilai kepada ekonomi,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya