KKJ meterai MoU dengan empat rakan industri - Utusan Malaysia

KKJ meterai MoU dengan empat rakan industri

MOHD. HAIRI MAD SHAH (tengah) dan Abu Bakar (tengah) bersama-sama rakan industri yang memeterai MoU di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kolej Kemahiran Johor (KKJ) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan empat rakan industri dalam bidang pembuatan dan penyediaan makanan serta automotif bagi meningkatkan mutu serta kualiti program sijil profesional yang ditawarkannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ), Abu Bakar Mohamed Salleh berkata, skop MoU turut melibatkan perkongsian ilmu, tenaga kepakaran, teknologi serta kemudahan antara kedua-dua belah pihak.

“MoU itu antara lain melibatkan kerjasama dalam membangun dan meningkatkan mutu serta kualiti program sijil profesional yang ditawarkan KKJ, khususnya dalam bidang penyediaan makanan, pastri dan automotif.

“Selain itu, MoU juga melibatkan penawaran peluang pekerjaan kepada graduan dan latihan industri kepada pelajar dan pengajar KKJ,” katanya  selepas majlis menandatangani MoU tersebut di Hotel Seri Malaysia, di sini.

MoU itu melibatkan Hotel Holiday Inn Johor Bahru City Centre dan Persatuan Jurumasak Johor mewakili bidang pembuatan makanan serta syarikat Ang Trading & Motor Credit Sdn. Bhd. dan Diesel Truck Sdn. Bhd., selaku rakan kerjasama bidang automotif.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah. 

Abu Bakar menyambut baik kerjasama yang diyakini akan memudahkan usaha pihak kolej dalam mencari penempatan pekerjaan bagi lepasan KKJ apabila tamat pengajian.

Kaedah itu, akan memberi kelebihan kepada usaha KKJ dalam menarik lepasan SPM dan sekolah untuk menyambung pelajaran ke kolej itu selain peluang menjalani latihan industri.

“Saya berharap kerjasama ini juga dapat memanfaat program-program pengajian terlibat menerusi perkongsian ilmu dan teknologi terkini bersama-sama rakan-rakan kerjasama.

“Yang penting memorandum ini juga melibatkan penawaran peluang pekerjaan kepada graduan KKJ dan penempatan latihan industri kepada pelajar dan pengajar kolej.

“Menerusi cara ini, para pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke KKJ tidak perlu bimbang mengenai kesukaran mendapat pekerjaan kerana laluan kerjaya ini telah dipermudahkan menerusi latihan industri dan kerjasama rakan-rakan industri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya