KKD kaji Akta Komunikasi, perangi jenayah siber - Utusan Malaysia

KKD kaji Akta Komunikasi, perangi jenayah siber

TEO NIE CHING bersama-sama penduduk Kulai yang hadir menyaksikan tayangan filem Malbatt Misi Bakara di pusat beli-belah AEON Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhasrat mengkaji semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan memperluaskan bidang kuasanya selaras dengan perkembangan dunia siber.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, akta tersebut perlu ditambah baik bagi mengambil tindakan tegas terhadap jenayah siber dalam semua platform media sosial.

“Akta Komunikasi dan Multimedia ini digubal pada 1998, KKD berasakan sudah sampai masanya untuk kita kaji semula bagi memastikan undang-undang yang ada sekarang adalah mencukupi untuk mengambil sebarang bentuk tindakan undang-undang.

“Ini merupakan usaha yang sedang dijalankan oleh pihak kementerian, kita sudah dapat menentukan hala tuju dan selepas ini akan buat keterlibatan dengan pemegang taruh,” katanya selepas menghadiri tayangan filem Malbatt Misi Bakara di pusat beli-belah AEON Kulai, di sini hari ini.

Nie Ching berkata, usaha itu secara tidak langsung dapat meningkatkan tanggungjawab penyedia perkhidmatan media sosial berkaitan salah laku siber yang berlaku dalam platform masing-masing.

Pindaan akta itu diharap dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi hujung tahun ini atau awal tahun depan.

“Ada beberapa perkara yang kita akan sentuh bagi meningkatkan tanggunjawab penyedia perkhidmatan kerana mereka perlu menyimpan data yang besar untuk tempoh panjang supaya lebih senang untuk pihak polis atau penguat kuasa jalankan siasatan.

Dalam pada itu, Nie Ching berkata, KKD bersedia memberi kerjasama tentang usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang akan mengkaji undang-undang sedia ada berkaitan jenayah siber perlu dikaji dengan memasukkan elemen penipuan melalui perisian dan peranti komputer.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu ini kerana kesalahan jenayah siber dijangka terus meningkat pada masa akan datang susulan kepesatan teknologi terutamanya menerusi penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya