Ketua pembantu tadbir sekolah ditahan SPRM, kemuka tuntutan palsu - Utusan Malaysia

Ketua pembantu tadbir sekolah ditahan SPRM, kemuka tuntutan palsu

SEORANG lelaki yang merupakan ketua pembantu tadbir sebuah sekolah dibawa pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret Seremban bagi permohonan reman selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu.- GAMBAR HIASAN/UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang ketua pembantu tadbir sebuah sekolah direman selama enam hari bermua hari ini selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pembekalan barang keperluan pejabat berjumlah kira-kira RM22,000.

Perintah reman sehingga 24 September depan terhadap lelaki berusia 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Majistret Seremban, Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan pagi ini.

Sementara itu, menurut sumber berkata, suspek telah ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam di pejabat SPRM Negeri Sembilan di sini.

“Suspek dipercayai menjadi perancang utama melakukan perbuatan tersebut bersama isterinya dan seorang pemilik syarikat pada Disember 2022 serta Januari 2023 yang mana kedua-dua pembekalan tidak dilaksanakan sedangkan bayaran penuh sudah dibuat.

“Suspek ditahan kira-kira pukul 4 petang, semalam di pejabat SPRM Negeri Sembilan manakala isteri suspek yang juga seorang pembantu tadbir di sebuah sekolah lain dan pemilik syarikat tidak ditahan,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN