Kerajaan bimbang mangsa seksual tidak buat laporan

Kerajaan bimbang mangsa seksual tidak buat laporan

NANCY Shukri (kiri) semasa hadir ke program Jerayawara Kasih KPWKM @ Advokasi Antigangguan Seksual di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL. -
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meluhakan kebimbangan sekiranya ada mangsa gangguan seksual tidak tampil untuk membuat laporan terhadap kejadian yang menimpa mereka.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kebimbangan dan kesangsian itu berasas apabila kes gangguan seksual yang direkodkan pada tahun lalu menurun berbanding 2021.

Menurutnya, sebanyak 477 kes gangguan seksual dan hanya 11 kes dilaporkan di Kelantan pada tahun lalu.

“Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 2021 yang mencatatkan sebanyak 506 kes dilaporkan pada tahun tersebut. Statistik mengenai ganguan seksual itu dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Meskipun kes ganguan seksual menurun, saya masih sangsi. Mungkin penurunan kes itu disebabkan oleh mangsa gangguan seksual tidak membuat laporan,” katanya kepada pemberita selepas Program Jerayawara Kasih KPWKM @ Advokasi Antigangguan Seksual Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini.

Nancy memberitahu, meskipun jumlah kes gangguan seksual yang direkod itu dilihat sedikit,namun kesan terhadap mangsa tidak boleh diambil mudah.

Katanya, gangguan seksual tidak pernah mengenal mangsa dan ia boleh berlaku kepada sesiapa atau di mana-mana lokasi sahaja.

“Masalah ini (gangguan seksual) akan memberi kesan kepada mental, kesihatan fizikal, moral dan hubungan mangsa dengan masyarakat.

“Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) digubal sebagai satu manifestasi penting kerajaan bahawa kesalahan gangguan seksual merupakan satu pelanggaran kepada hak asasi manusia,” ujarnya.

Nancy berkata, penggubalan akta tersebut membuktikan bahawa kerajaan serius dalam menangani isu gangguan seksual tersebut.

Katanya, sehubungan itu, orang ramai khususnya wanita tidak perlu takut untuk membuat laporan polis sekira menjadi mangsa gangguan seksual.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya