Kerajaan bangunkan dasar larangan eksport REE  - Utusan Malaysia

Kerajaan bangunkan dasar larangan eksport REE 

Kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport REE. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi (REE)  bagi mengelakkan eksploitasi dan kehilangan sumber sekali gus untuk menjamin pulangan yang maksimum buat negara. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemetaan terperinci sumber unsur nadir bumi dan model perniagaan menyeluruh yang menggabungkan industri huluan, pertengahan dan hiliran akan dibangunkan bagi mengekalkan rantaian nilai REE dalam negara.

Menurut beliau, Dasar Mineral Negara baharu akan dirangka bagi memacu pembangunan industri mineral yang menyeluruh berasaskan prinsip kemampanan dan kebertanggungjawaban. 

“Kebijakan ini akan dijadikan panduan dalam melaksanakan aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal, kawasan sensitif alam sekitar dan kawasan perlindungan,” kata Perdana Menteri ketika pembentangan Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Katanya, REE  akan muncul sebagai sumber pertumbuhan baharu berasaskan unsur nadir bumi bukan radioaktif yang mampan dan mesra alam. 

“Unsur ini diperlukan dalam pembuatan bateri, super magnet dan alatan elektronik. Industri REE dijangka menyumbang sebanyak RM9.5 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2025 dan mewujudkan hampir 7,000 peluang pekerjaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya