SEGAMAT: Sebuah keluarga angkat sedang mengesan ibu atau waris seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.
Bapa angkat kanak-kanak tersebut, Karim Mohd. Said, 52, berkata, Muhammad Zafran Iskandar dilahirkan di sebuah klinik swasta di Batu Caves pada tahun 2013.
“Muhammad Zafran telah dijaga oleh keluarga saya selepas dilahirkan oleh ibu kandungnya, Dewi Purwati. Alamat terakhir Dewi dipercayai di Seri Manjung, Perak.
“Saya berharap ibu kandung atau waris Muhammad Zafran dapat ditemui bagi memudahkan urusan berkaitan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di Bandar Utama, hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris kanak-kanak tersebut boleh menghubungi Karim menerusi talian 018-7797454. – UTUSAN