Kanak-kanak lemas ketika mandi jeram - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lemas ketika mandi jeram

AHMAD EHSAN NOR HISYAMUDDIN (gambar kecil) dilaporkan lemas ketika mandi-manda bersama adik-beradiknya di Jeram Asli, Kampung Ulu Benut, Machap.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang budak lealki lemas ketika mandi-manda bersama-sama adik-beradiknya di Jeram Asli di Ulu Benut, dekat Machap di sini petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Ahmad Ehsan Nor Hisyamuddin, 11, datang ke Jeram Asli bersama-sama kakaknya, Nor Najihah, 18, abangnya, Islah, 15, dan adiknya, Ahmad Fahim Nor Hisyamuddin, 8.

Berdasarkan laporan kakak mangsa, dia bersama tiga lagi adiknya telah ke jeram tersebut untuk mandi, namun kira-kira lima minit kemudian terdengar suara mangsa menjerit minta pertolongan.

“Walau bagaimanapun, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri beberapa minit kemudian dan telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Simpang Renggam, namun disahkan meninggal dunia dipercayai lemas. 

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya