Kad debit, kad kredit prabayar boleh bayar tol di 11 lebuh raya - Utusan Malaysia

Kad debit, kad kredit prabayar boleh bayar tol di 11 lebuh raya

Kakitangan Besraya (M) Sdn Bhd, Azlyana Azmi, 33, menggunakan kad debit sebagai alternatif baru untuk membayar tol selepas Pelancaran Pelaksanaan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) di Plaza Tol Loke Yew (arah timur). - Utusan / Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengguna kini boleh menggunakan kad debit, visa atau Mastercard untuk membayar tol di 11 lebuh raya berkuat kuasa hari ini.

Selain  kaedah pembayaran sedia ada iaitu menggunakan kad Touch ‘n Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID), pengguna kini mempunyai pilihan menggunakan kad debit, kredit prabayar yang yang mempunyai logo MyDebit, Visa atau Mastercard.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, usaha tersebut bagi memudahkan pengguna melakukan pembayaran apabila buat permulaan 11 lebuh raya menyertai sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT).

“Objektif (SPT) adalah  untuk memudahkan pengguna membuat pilihan. Sebab kalau terhad kepada satu (atau) dua sistem sahaja mungkin kadangkala dalam satu kad bakinya (untuk membayar) tidak mencukupi.

“Jadi sekarang (pengguna) sudah ada pilihan, ini boleh dikatakan sebagai langkah-langkah awal. Sebab kita ada satu lagi perancangan untuk melaksanakan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) untuk memudahkan pengguna,” katanya semasa sidang media di di Plaza Tol Loke Yew, Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) hari ini.

NPE

11 lebuh raya yang menyertai SPT ialah  Besraya, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).

Selain itu, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (Smart), Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX), Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (Duke); dan Lebuhraya Kulim – Butterworth (BKE).

Sementara itu, pelaksanaan SPT di Jambatan Pulau Pinang (JPP) pulau akan bermula pada penghujung tahun ini bagi.

Dalam perkembangan lain, Alexander Nanta berkata, melalui peruntukan Belanjawan 2024 yang akan dibentang 13 Oktober ini, beliau berharap terdapat penambahan kementeriannya daripada jumlah yang diperoleh sebelum ini.

“Lebih-lebih lagi kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya. Selama ini kita banyak baklog iaitu kerja-kerja yang kita tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan kewangan. Jadi (hal) ini kami telah angkat dan tegaskan kepada Kementerian Kewangan.

“Kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya ini penting, kita tak nak (dan) elakkan (daripada kes) kehilangan nyawa oleh kerana ada lubang jalan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya