Johor tubuh jawatankuasa khas tangani projek sakit, terbengkalai - Utusan Malaysia

Johor tubuh jawatankuasa khas tangani projek sakit, terbengkalai

MOHD. JAFNI MD SHUKOR (tengah) mengadakan perbincangan dengan agensi terlibat semasa meninjau sebuah projek sakit dan terbengkalai di negeri ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Projek Sakit dan Terbengkalai (JSTP) bagi menangani pelbagai isu perumahan yang membelenggu golongan pembeli.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, menerusi jawatankuasa yang turut dianggotai kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut, pihaknya berjaya menyelesaikan enam projek sakit setakat ini melibatkan sebanyak 1,073 unit kediaman dengan nilai RM260.75 juta.

“Bagi tahun 2022 dan 2023, kerajaan negeri telah mengambil langkah intervensi dan berjaya menyelesaikan enam projek sakit dan satu projek terbengkalai menjelang Oktober ininhingga ke peringkat penerima sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan serahan kunci. 

“Penyelesaian ini melibatkan sebanyak 1,073 unit rumah dengan nilai hartanah RM260.75 juta. Langkah ini diambil walaupun sedar isu projek sakit dan terbengkalai bukan dalam bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya kepada selepas meninjau beberapa projek sakit dan terbengkalai di bandar raya ini.

Pihaknya menyasarkan untuk menyelesaikan lima lagi projek sakit dan satu projek terbengkalai pada tahun depan yang melibatkan sebanyak 1,776 unit kediaman dengan nilai hartanah berjumlah RM682.66 juta.

“Dengan saha ini, kita anggarkan nilai hartanah projek sakit dan terbengkalai yang telah diselesaikan mencecah RM1 bilion sepanjang tempoh tiga tahun dari 2022 hingga  2024,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya