JKNK senarai klinik kesihatan daif untuk naik taraf tahun depan

JKNK senarai klinik kesihatan daif untuk naik taraf tahun depan

130923-Klt-KlinikDaif Kelantan-Done Online ZAINI  Hussin (tiga kanan) melihat sebahagian daripada bahan pameran pada Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dalam  proses menyenaraikan klinik kesihatan yang daif di seluruh negeri untuk dinaik taraf tahun depan.

Pengarahnya Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, langkah itu selari dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.

“Kita sangat menghargai dan menyambut baik pengumuman Perdana Menteri. 

“Sekarang ini kita (JKNK) sedang menyenaraikan klinik yang daif termasuk klinik pergigian untuk pelaksanaan tahun depan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, pihaknya menjangkakan 39 klinik kesihatan dan klinik desa di negeri ini yang dinaik taraf akan beroperasi sepenuhnya pada Oktober depan.

Katanya, kerja-kerja penambahbaikkan itu membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM9.4 juta.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf untuk tempoh 2023 hingga 2025 bagi menjamin mutu perkhidmatan.

Anwar berkata, kerajaan juga bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Menurutnya, projek itu membabitkan anggaran kos sebanyak RM500 juta bagi menangani masalah kesesakan yang telah lama berlanjutan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya