JKM Segamat cari waris gelandangan diselamatkan 30 tahun lalu - Utusan Malaysia

JKM Segamat cari waris gelandangan diselamatkan 30 tahun lalu

Othman Adnan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari waris kepada seorang gelandangan yang diselamatkan dalam satu operasi kira-kira 30 tahun lalu di daerah ini.

Wakil JKM Segamat memaklumkan, Othman Adnan, berusia kira-kira 60 tahun telah diselamatkan dalam operasi gelandangan pada 18 Februari 1993 di Perhentian Bas Segamat. 

“Bagaimanapun, sewaktu diselamatkan, pihak JKM tidak menemui sebarang dokumen diri padanya. Othman memaklumkan dia merupakan anak kedua daripada tig adik-beradik.

“Ibu bapanya telah bercerai sewaktu dia masih kecil dan diserahkan kepada keluarga angkat. Sejak itu, dia telah terpisah dengan keluarga kandungnya,” katanya.

Keadaan itu menyebabkan Othman tidak dapat mengingati nama adik-beradiknya yang lain.

Malah, hasil temu bual juga meragukan kerana dia tidak tahu tempat asalnya ataupun waris yang boleh membantu JKM mengesan keluarganya.

Semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga menemui kegagalan dengan tiada maklumat diperoleh berkaitan dirinya.

Justeru, JKM meminta sesiapa mengenali Othman supaya menghubungi Penolong Pegawai JKM, Mohd. Norsham Nashrun menerusi talian 07-9311331 atau 012-7051390. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya