JDT III ungguli final pertama Piala Presiden - Utusan Malaysia

JDT III ungguli final pertama Piala Presiden

PENYERANG JDT III, Fergus Tierney dikawal pemain Negeri Sembilan FC, Muhammad Amirul Farhan Asmadi dalam aksi final pertama Piala Presiden yang menemukan kedua-dua pasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, malam ini-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Aksi final pertama Piala Presiden yang menemukan pasukan Negeri Sembilan FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) III malam ini berakhir dengan keputusan memihak pasukan Harimau Selatan dengan keputusan 3-1.

Berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pelawat memperoleh gol pertama seawal minit ke-7 menerusi Muhammad Aiman Danish Abdul Azim yang menyudahkan hantaran penyerang bawah 23 tahun kebangsaan, Fergus Tierney.

Tersentak dengan jaringan berkenaan, pasukan tuan rumah cuba mencari gol penyamaan namun pada minit ke-20, JDT III menambahkan jaringan menerusi Ahmad Asyar Hadi Mohd. Shapri yang menewaskan Aif Danish Saifudin di gawang Negeri Sembilan.

Separuh masa kedua, perlawanan berlangsung seimbang dengan aksi saling menyerang ditampilkan kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, pada minit ke-68, Negeri Sembilan terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas pemain tengah mereka, Abdul Mubin Ab Wahab diperintahkan keluar padang apabila menerima kad kedua selepas dia mengasari pertahanan JDT III, Ariff Safwan Mohd. Safri.

AHMAD Asyar Hadi Mohd. Shapri menjaringkan gol kedua JDT III menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Aif Danish Saifudin dalam perlawanan akhir pertama Piala Presiden yang menemukan kedua-dua pasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, malam ini-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Situasi itu memberikan kelebihan buat pelawat apabila tidak lama kemudian mereka berjaya memperoleh sepakan penalti yang disempurnakan oleh Tierney pada minit ke-75.

Hasrat Negeri Sembilan untuk sekurang-kurangnya membawa bekalan satu gol bagi perlawanan akhir kedua berhasil pada minit-minit terakhir perlawanan, ia hasil sentuhan Muhammad Danish Syamer Tajuddin yang menewaskan Zulhilmi Sharani di gawang JDT III.

Keputusan kemudian kekal 3-1 memihak pelawat sehingga tamat perlawanan. Perlawanan akhir kedua akan berlangsung pada 1 Oktober ini di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya