Jangan permain hukum agama - Suhaizan - Utusan Malaysia

Jangan permain hukum agama – Suhaizan

SUHAIZAN KAYAT (berdiri) berucap di hadapan jentera MCA di Taman Perling, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: “Saya tiada masalah, tetapi dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) seolah-olah mempermainkan hukum agama.”

Demikian komen calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat terhadap kenyataan yang dilemparkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) terhadap beliau semasa Ceramah Perdana PN di Kempas, di sini malam semalam.

Justeru, beliau berharap semua pihak sama ada kepimpinan parti lawan atau penyokong mereka tidak menggunakan agama sebagai bahan kempen.

“Dari segi politik saya tiada masalah sekiranya dia tak mahu undi saya, tak ada masalah kepada saya. Tetapi apabila sebut haram sokong Suhaizan, itu tidak sesuai sebab seolah-olah mempermainkan hukum Allah. 

“Kita tak boleh sewenang-sewenangnya menghukum seperti ini kepada seteru politik, sebab akan ada kesan tidak baik. Nanti semua orang boleh menghukum dengan sewenang-sewenangnya,” katanya selepas menghadiri perjumpaan bersama jentera MCA di Taman Perling, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda MCA Johor, Ling Tian Soon.

Suhaizan juga tiada masalah dengan individu yang mempunyai sudut pandang politik berbeza, tetapi jangan menggunakan hukum agama untuk melawan seteru.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, haram mengundi Suhaizan dalam PRK Parlimen Pulai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya