Hujan: Aksi Kelantan United, Kuching City dijangka bersambung pukul 10.30 malam

Hujan: Aksi Kelantan United, Kuching City dijangka bersambung pukul 10.30 malam

PETUGAS bertungkus-lumus mengeringkan permukaan padang bagi membolehkan aski Liga Super antara Kelantan United melawan Kuching City FC kembali bersambung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Aksi Liga Super antara Kelantan United FC dan Kuching City FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini ditangguhkan buat sementara waktu susulan hujan lebat melanda seluruh bandar ini sebentar tadi.

Situasi itu menyebabkan permukaan padang Stadium Sultan Muhammad IV digenangi air dan perlawanan tersebut dijangka kembali bersambung pada pukul 10.30 nanti.

Komisioner perlawanan, Amir Sharifuddin Wong bersama pegawai perlawanan, Azman Sulong serta kedua-dua pasukan bersetuju mengambil keputusan melewatkan sepak mula dari masa sebenar iaitu pukul 9 malam.

Sementara itu kerja-kerja mengeringkan permukaan padang giat dijalankan sejurus hujan reda bagi membolehkan perlawanan dilangsungkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya