Hilang malam Jumaat, mayat pemuda ditemukan dalam parit - Utusan Malaysia

Hilang malam Jumaat, mayat pemuda ditemukan dalam parit

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat Muhammad Nazrul yang ditemukan terapung dalam parit di Kampung Parit Lapis Sempadan, Parit Raja, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang lelaki yang dilaporkan keluar dari rumah dengan menunggang sebuah motosikal pada malam Jumaat lalu ditemukan maut di dalam parit di Kampung Parit Lapis Sempadan, Parit Raja dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mayat Muhammad Nazrul Aziz, 20, dan motosikalnya ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira pukul 11.30 pagi.

Katanya, orang awam menemukan mayat mangsa dalam keadaan terapung sebelum membuat panggilan kecemasan.

“Mayat mangsa ditemukan dengan lengkap berpakaian dan dipercayai telah mati lebih sehari. 

“Pasukan Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam diketuai Ketua Balai, Mohd. Shamin Mohd. Salikin membantu mengeluarkan mayat mangsa dan motosikalnya,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Identiti mangsa yang berasal dari Parit Raja dikenal pasti menerusi pengecaman oleh keluarganya berdasarkan pakaian, jam, telefon bimbit dan motosikalnya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya