Hassan nafi cetus pembelian panik, hanya nyatakan realiti - Utusan Malaysia

Hassan nafi cetus pembelian panik, hanya nyatakan realiti

HASSAN ABDUL KARIM menunjukkan bekalan keperluan asas yang boleh diperoleh ketika membuat tinjauan di Pasaraya Maslee Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menafikan pendedahannya tentang ketiadaan bekalan beras putih tempatan (BPT), minyak masak, gula dan telur ayam di daerah ini mencetuskan pembelian panik dalam kalangan masyarakat.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian hanya mendedahkan perkara itu demi kepentingan rakyat.

“Kenyataan saya tidak bertujuan menimbulkan pembelian panik. Sebaliknya menyatakan fakta dengan beberapa hari selepas itu termasuk tinjauan dibuat hari ini, bekalan bahan-bahan termasuk BPT telah terputus sejak lima hari lalu.

“Menurut pengurus besar pasar raya ini, rakyat terpaksa membeli beras import secara terpaksa. Saya tidak berhajat membuat dakwaan kosong kerana sedar boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pasaraya Maslee Taman Cendana, Pasir Gudang.

Yang turut hadir, Pengarah Kawalselia Padi Beras (KPB) Johor, Mohd. Alieff Sabeh serta pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Johor di Pasaraya Maslee Taman Cendana, Pasir Gudang, di sini.

Sabtu lalu, Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor turut menggesa KPDN mengadakan jualan Rahmah di kawasan berkenaan bagi mengatasi masalah ketiadaan bekalan barangan keperluan asas.

Mengulas lanjut, Hassan memberitahu, sejak pendedahan itu dibuat pihaknya, kerajaan mula memberi perhatian berkaitan isu itu khususnya di kawasan Pasir Gudang.

“Saya nasihatkan rakyat beli BPT ikut kemampuan, jangan buat pembelian panik. Saya dimaklumkan bekalan sedia ada mencukupi sekiranya rakyat membuat pembelian seperti biasa,” katanya yang turut mengadakan lawatan ke kilang Bernas di Pasir Gudang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya