Harimau kumbang ditangkap di Kuala Pilah dihantar ke NWRC - Utusan Malaysia

Harimau kumbang ditangkap di Kuala Pilah dihantar ke NWRC

SEEKOR harimau kumbang yang berjaya ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap yang dipasang oleh pihak Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Beting Ulu, Kuala Pilah pagi tadi.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seekor harimau kumbang yang berjaya ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan di Kampung Beting Ulu di sini pagi tadi merupakan harimau kumbang betina dewasa seberat 40 kilogram.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli berkata, harimau kumbang berkenaan merupakan harimau kumbang kesepuluh yang berjaya ditangkap di sekitar negeri ini sejak awal tahun ini.

“Dianggarkan berat harimau kumbang betina dewasa ini 40 kilogram. Kami menerima aduan ini pada 4 September lalu dan memasang perangkap keesokkan harinya. 

“Harimau kumbang akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk rawatan dan pemeriksaan. Sekiranya sihat, harimau ini akan dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan orang ramai,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas Nurul Ermi lagi, harimau kumbang berkenaan dipercayai datang dari Hutan Simpan Kekal (HSK) yang berdekatan lokasi penempatan tersebut.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya