Haos Ek? belanja pelajar tahfiz tonton Malbatt Misi Bakara - Utusan Malaysia

Haos Ek? belanja pelajar tahfiz tonton Malbatt Misi Bakara

SYARIKAT pengeluar minuman, Haos Ek? membawa 43 pelajar maahad tahfiz menonton filem Malbatt Misi Bakara di Beletime Danga Bay, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Syarikat pengeluar minuman tempatan, Haos Ek? menceriakan seramai 43 pelajar Maahad Tahfiz Al Insirah, Johor Bahru dengan membawa mereka menonton filem Malbatt Misi Bakara.

Ketua Pegawai Eksekutif Haos Ek?, Anis Permin berkata, program tersebut merupakan kesinambungan program menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dianjurkan pihaknya, tahun ini.

“Pada 31 Ogos lalu, kita telah menghasilkan Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya menganjurkan formasi kereta berbentuk Jalur Gemilang terbesar di Malaysia.

“Kali ini kita santuni anggota masyarakat menerusi tontonan filem yang menaikkan semangat patriotik dan cintakan negara. Ia juga merupakan satu tanggungjawab sosial korporat kami,” katanya.

Dalam program tersebut, seramai 42 pelajar machaq tahfiz berkenaan dan dua guru pengiring dibawa menonton filem tersebut di Womei Cineplex di pusat beli-belah Beletime Danga Bay.

Anis berkata, filem Malbatt Misi Bakara dipilih kerana tayangannya selari dengan sambutan Hari Malaysia dengan harapan ia dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

“Kami percaya menerusi aktiviti seperti ini kita juga dapat mengenal jati diri masyarakat dan sejarah negara yang hebat dan tidak pernah difilemkan sebelum ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya