Hampir 2,000 hadir Malam Munajat Cinta Rasul anjuran Pertubuhan Wong Ser Warrior 294 - Utusan Malaysia

Hampir 2,000 hadir Malam Munajat Cinta Rasul anjuran Pertubuhan Wong Ser Warrior 294

ABD. GHAPAR Raja Abd. Majid (tengah) bersama Yusuf Azmi (kanan) bergambar kenangan selepas majlis Malam Munajat Cinta Rasul di Medan Selera Food Stop Bandar Indera Mahkota 5 di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hampir 2,000 orang hadir pada program Malam Munajat Cinta Rasul anjuran Pertubuhan Wong Ser Warrior 294 di pekarangan Medan Selera Food Stop Bandar Indera Mahkota 5 di sini malam tadi.

Selain sempena sambutan Maulidur Rasul, program itu juga bagi meraikan kejayaan Penganjuran Kejuaraan Silat Olahraga Terbuka anjuran pertubuhan tersebut pada bulan Ogos lalu di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Presiden Pertubuhan Wong Ser Warrior 294, Abd. Ghapar Raja Abd. Majid berkata, hampir 100 wakil perguruan persilatan yang berada di Pahang, Terengganu, Kedah dan Selangor hadir pada program itu.

Legenda persilatan negara itu yang merupakan bekas juara dunia Seni Silat Tempur (1990, 1992, 1994) berkata, antara yang hadir, Presiden Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia, Tuah Jani Raja Abd. Majid, Pengasas Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi dan pelakon aksi popular, Wak Didi.

“Majlis turut dihadiri oleh 200 orang dari pusat tahfiz, madrasah dan anak-anak yatim di sekitar daerah ini dan diserikan dengan persembahan Kumpulan Dendang Anak Raja Sakti Puncak Alam, Selangor.

“Turut diadakan persembahan demonstrasi silat daripada beberapa perguruan yang hadir.

“Malam Munajat Cinta Rasul ini telah menghimpunkan dan mengeratkan silaturahim seluruh perguruan persilatan di beberapa negeri dengan berselawat dan bermunajat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya di sini hari ini.

ANTARA tetamu yang hadir pada majlis Malam Munajat Cinta Rasul di Medan Selera Foodstop Bandar Indera Mahkota 5 di Kuantan, Pahang. – FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF

Abd. Ghapar yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) berkata, pada program itu turut diadakan kutipan sumbangan derma bagi membantu keperluan pendidikan dan kebajikan beberapa madrasah dan pusat tahfiz serta anak yatim di daerah ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya