Gua Musang rekodkan demam Malaria tertinggi di Kelantan

Gua Musang rekodkan demam Malaria tertinggi di Kelantan

DR. Zaini Hussin (duduk) menyertai gimik perasmian Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Serbaguna Ladang Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mendedahkan Gua Musang menjadi kawasan yang berisiko berdepan penyakit demam Malaria selepas merekodkan jumlah kes tertinggi di negeri ini sejak Januari hingga awal September.

Pengarahnya Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, 80 peratus kes tersebut disumbangkan oleh keadaan persekitaran termasuk sektor perladangan yang wujud di jajahan.

Menurutnya, susulan itu JKNK mengadakan aktiviti dan menjadikan  masyarakat di sini sebagai rakan strategik dalam usaha mencecah kes malaria. 

“Dalam kes malaria ini pencegahan adalah penting. Pencegahan pertama adalah untuk pastikan kita tidak digigit nyamuk adalah menggunakan kelambu semasa tidur atau  menggunakan pakaian sesuai bagi mengelak nyamuk. 

“Sekiranya kita mempunyai tanda-tanda demam malaria terus pergi ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan awal,” katanya pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Serbaguna Ladang Sungai Terah di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, sehingga kini sebanyak 84 peratus kes demam malaria di negeri ini yang dilaporkan.

Katanya, sebanyak 215 kes malaria dicatatkan tahun ini berbanding 117 kes tahun lalu sekali gus menyaksikan berlaku peningkatan sebanyak 98 kes.

“Sebanyak 53 kes (24.7 peratus) adalah jangkitan malaria manusia dan 162 kes (75.3 peratus) pula adalah malaria zoonotik iaitu jangkitan monyet kepada manusia.

“Alhamdulillah, pada tahun ini negeri Kelantan masih belum mencatatkan kematian akibat malaria,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya