Galakkan aktiviti bersukan: Perlu naik taraf, tambah kemudahan - Utusan Malaysia

Galakkan aktiviti bersukan: Perlu naik taraf, tambah kemudahan

JALALUDDIN Alias (tengah) dan Mustapha (kanan) hadir pada pertandingan Muay Thai sempena Jelajah Fit Malaysia 2023 Peringkat Negeri Sembilan di Bandar Sri Sendayan di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Perlu ada kajian dilakukan bagi melihat keadaan dan kemudahan sukan yang ada di seluruh Negeri Sembilan bagi usaha memastikan aktiviti-aktiviti sukan dapat dijalankan dengan lebih baik di negeri ini.

Exco Kanan kerajaan negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, setiap fasiliti sukan yang ada perlu diberikan tumpuan kerana kerajaan negeri tidak mahu rakyat khususnya golongan muda tidak dapat melakukan aktiviti bersukan hanya kerana kekurangan dan kemudahan sukan yang uzur.

“Keadaan (kemudahan sukan) di negeri ini masih di dalam kawalan, tidak berada dalam keadaan sangat teruk, cuma ia perlu penambahbaikan dan naik taraf.

“Kemudahan-kemudahan sukan yang ada khususnya di daerah-daerah seperti gelanggang futsal, badminton, tenis perlu ditambah dan dinaik taraf supaya budaya bersukan di negeri ini dapat dilihat perubahannya dari tahun ke tahun.

“Perkara ini harus diberikan perhatian oleh kerajaan negeri dan ia akan dilihat secara terperinci pada masa yang sama kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta bersama syarikat-syarikat swasta,” katanya lagi.

Jalaluddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jelajah Fit Malaysia 2023 Peringkat Negeri Sembilan di Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor dan Ketua Setiausaha KBS, Dr. K. Nagulendran.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri juga akan melihat dan meneliti semula perkara berkaitan berkenaan kerja-kerja naik taraf Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi termasuk tentang penggantian rumput baharu jenis Zeon Zoysia menerusi tawaran yang dikemukakan oleh KBS sebelum ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya