Fire Fighter Solution sumbang APA kepada KRT, SRS berdaftar di Pahang - Utusan Malaysia

Fire Fighter Solution sumbang APA kepada KRT, SRS berdaftar di Pahang

SUZILIANA ABD. RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Syarikat pembekal perkhidmatan produk Alat Pemadam Api (APA), Fire Fighter Solution akan menyumbangkan APA kepada semua Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) berdaftar di seluruh negeri ini.

Pengarah Operasi Fire Fighter Solution, Suziliana Abd. Rahim berkata, ia merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.

Beliau berkata, ia juga bertujuan membudayakan penggunaan APA di seluruh taman perumahan di negeri ini serta melibatkan penyertaaan KRT dan SRS bagi menjayakan ‘Kempen 1Rumah 1Alat Pemadam Api’.

“Menerusi kempen ini, kita mahu setiap rumah memiliki sekurang-kurangnya satu unit alat pemadam api sebagai langkah awal mencegah kebakaran.

“Ia juga bagi membolehkan tindakan awal diambil sekiranya berlaku kebakaran di kediaman masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Suziliana berkata, kempen dilakukan Fire Fighter Solution itu sebagai kesinambungan kempen 1Rumah 1Pemadam Api (1RAPI) anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Mac 2021.

Katanya, seperti mana dinyatakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada waktu itu, Datuk Zuraida Kamaruddin, 1RAPI bagi memastikan setiap kediaman penduduk memiliki sekurang-kurangnya satu APA.

“Jadi apa kita laksanakan ini sebagai kesinambungan kerana kita tahu kebanyakan pemilik kediaman masih tidak sedar kepentingan menyimpan alat pemadam api di kediaman masing-masing,” katanya.

Jelasnya, syarikat itu juga mengadakan kempen bagi memberi tunjuk ajar penggunaan alat pemadam api ketika waktu kecemasan dan sebelum bantuan anggota bomba sampai.

“Kita mahu orang ramai sentiasa bersedia dalam keadaan kecemasan terutama ketika berlaku kebakaran, atas sebab itu pentingnya ada alat pemadam api di rumah masing-masing,” katanya.

KRT dan SRS yang ingin bertanya tentang sumbangan APA daripada syarikat itu boleh menghubungi Suziliana di talian 0105184409. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya