Festival Peranakan rai budaya etnik, rasai keunikan

Festival Peranakan rai budaya etnik, rasai keunikan

Peggy Tiew (tiga dari kanan) bersama model yang memperagakan pakaian tradisional sempena Festival Peranakan di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Festival Pe­ranakan yang akan berlangsung di USJ Summit pada 21 dan 22 Oktober ini bakal meraikan warisan budaya etnik tersebut selain membolehkan pengunjung merasai sendiri keunikan masyarakat berkenaan.

Penganjur festival, Peggy Tiew berkata, festival itu akan menampilkan demonstrasi ma­sakan peranakan, pameran galeri dan persembahan-persembahan yang mampu me­nyatukan orang ramai daripada pelbagai latar belakang.

“Banyak gerai menampilkan barangan dan kraftangan pe­ranakan akan dijual serta pakaian tradisional yang direka khas bagi menghargai warisan ini dengan lebih mendalam.

“Acara ini juga menampilkan persembahan perkahwinan yang akan mengetengahkan upacara dan pakaian tradisional peranakan dengan kebaya nyo­nya menjadi tum­puan utama.

“Selain itu, pengunjung boleh menyelami budaya pe­ranakan melalui persembahan kebudayaan yang memukau dan demonstrasi makanan secara langsung yang menawarkan rasa hidangan seperti kari kapitan dan onde-onde,” kata­nya dalam sidang akhbar Festival Peranakan di KL Wellness City, Bukit Jalil, di sini, semalam.

Istilah peranakan merangkumi masyarakat Cina kelahiran selat di Singapura dan Malaysia yang terdiri daripada individu yang dilahirkan di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

Ia juga komuniti minoriti Cina yang sering dipanggil Cina kelahiran selat atau peranakan.

Peggy berkata, Festival Peranakan itu adalah detik istimewa apabila semua pihak bersatu sebagai satu masyarakat untuk menghargai dan memberi penghormatan kepada budaya peranakan yang merupakan identiti Malaysia.

Katanya, festival berkenaan adalah peringatan yang indah tentang gabungan harmoni tradisi dan adat yang mentakrifkan kepelbagaian negara dan daya tarikan yang tidak dapat dinafikan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya